Kini anda tidak perlu lagi membazirkan masa dan wang anda dengan mencari atau membeli pekara yang anda sendiri tidak pasti. Disini anda mempunyai peluang untuk memilih dan menentukan perbelanjaan yang sepatutnya bagi menghasilkan sebuah perniagaan internet anda sendiri dari apa yang anda benar-benar perlukan. Rancang perbelanjaan anda mengikut keperluan dalam memulakan langkah pertama sebagai usahawan internet di ebiz-maya.

PERINGATAN: 'Bookmark' atau simpan sebagai 'Favorite' laman ini bagi memudahkan ada merujuk kembali pada pada masa akan datang.

BINA PERNIAGAAN INTERNET SENDIRI (Langkah Pertama)


Daripada 'zero' pengetahuan untuk menjadi kepada seorang usahawan di internet bukanlah sesuatu yang mudah. Jika anda tersilap langkah, masa dan wang anda akan banyak terbuang begitu sahaja dengan melakukan pelbagai kesilapan. Saya pasti itulah yang terjadi pada majoriti 'internet-internet marketer' yang berjaya pada peringkat permulaan mereka.

Banyak pekara yang perlu anda pelajari dan ketahui mengenai selok belok dunia internet ini. Namun itu bukanlah alasan kepada anda untuk berhenti mencuba dari menjadi seorang yang berjaya di internet dan sekiranya anda berjaya ianya menjanjikan sesuatu yang sangat lumayan. Kuasa Internet ketika ini dapat memberikan 1001 ruang dan peluang untuk anda berjaya berbanding di dunia nyata.

Pakar-pakar Internet mengatakan bahawa "terdapat berbilion-bilion Dollar di internet dan hanya menunggu masa sahaja untuk dilaburkan. Apa yang anda perlu lakukan adalah memberi apa yang mereka mahukan".

Sekarang ini sudah terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan kepada anda oleh internet-internet marketer yang terdahulu bagi memudahkan anda. Walau bagaimanapun setiap dari mereka mempunyai cara dan ideologi yang berbeza. Oleh itu, mereka yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia internet akan dipenuhi dengan pelbagai maklumat sehingga menyebabkan ramai yang keliru dan menimbulkan pelbagai soalan seperti "dimana harus bermula terlebih dahulu?" , "mana satu yang perlu diketahui dahulu?" , "mana satu yang hendak dibeli dahulu?" dan sebagainya. Dan menyebabkan perbelanjaan anda terlebih dari yang telah dianggarkan.

Keadaan ini berlaku kerana anda hanya bergantung dari apa yang anda jumpa dan terima di internet. Di ebiz-maya ini, anda dapat membuat pilihan yang sesuai bergantung kepada apa yang anda perlukan berdasarkan anggaran perbelanjaan dalam membina perniagaan internet anda sendiri.


MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA



Untuk menjadi seorang usahawan internet, anda perlu melalui proses perjalanan yang betul. Ketahui dan lakukan satu persatu pekara asas dalam memulakan langkah pertama dan buat pilihan anda. 5 Langkah awal yang perlu anda ketahui adalah:(Sila Klik)

1. IDEA PERNIAGAAN
2. MEMBINA WEB JUALAN / LAMANWEB
3. LAKUKAN PROMOSI DAN PEMASARAN
4. BERI KHIDMAT BANTUAN PELANGGAN
5. BUAT BLOG

P.S: Anda tentukan sendiri apa yang anda perlukan untuk bermula menjadi usahawan di internet.
P.S.S: Anda juga boleh klik pada link yang telah disediakan pada bahagian atas sebelah kanan laman ini.
P.S.S.S: Semoga anda mendapat lebih manfaat dengan pilihan yang disediakan.:-)




Digg Technorati del.icio.us Stumbleupon Reddit Blinklist Furl Spurl Yahoo Simpy